Jemput-jemput ikan bilis ni sangat mudah dibuat dan tidak memakan masa yang lama untuk memasaknya.
Anak-anak suka sangat makan jemput-jemput ni selain cekodok.
Bahan-bahan:
500 gm tepung
1 biji telur
bawang*hiris
lobak * sagat halus
daun sup*hiris
ikan bilis
garam soda bikabonat
air
cara buat:
satukan tepung, telur, lobak, daun sup, bawang, ikan bilis dan soda bikarbonat.
kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dah kacau hingga rata. agak-agak..tak mau adunan ni lembik sangat.
kemudian goreng. angkat bila jemput-jemput dah kekuningan.
boleh la dihidangkan :)
MuslimahModen
kongsi ilmu...kongsi rasa...jom amal sama-sama
Thursday, April 2, 2015
Wednesday, April 1, 2015
Ayam paprik
Resepi ni saya dapat daripada buku nipis Chef haniliza keluaran PTS. Saya suka masakan ni sebab digabungkan sayuran dan lauk sekali.. Jadi kita tidak perlu masak sayuran yang lain sebab masakan ni dah lengkap. Sedap dimakan dengan nasi panas.
Bahan-bahan:
isi ayam ( saya guna dalam 4 ketul dada ayam yg biasanya ayam seekor dipotong 16)
1 biji bawang besar*
1 cili merah/cili padi* (tambah sekiranya sukakan pedas)
3 ulas bawang putih*
1 batang serai diketuk
3 helai daun limau purut
2 biji perahan limau kasturi
*dhiris
5 sb sos cili
1 sb sos tiram
2 sb kicap
sayuran:(agak2)
lobak
bunga kobis
kacang panjang
garam secukup rasa
setengah cawan air
Cara:
1. tumis barang2 hiris hingga naik bau
2. masukkan isi ayam goreng bersama bawang tadi sekejap
3. kemudian masukkan sos tiram, sos cili, kicap, air dan sayur.
4.masukkan juga serai, daun limau purut dan perahan limau kasturi.
5. biarkan mendidih. tutup api dan perasakan garam.
p/s: saya akan hiris lobak ala batang mancis supaya cepat masak
Bahan-bahan:
isi ayam ( saya guna dalam 4 ketul dada ayam yg biasanya ayam seekor dipotong 16)
1 biji bawang besar*
1 cili merah/cili padi* (tambah sekiranya sukakan pedas)
3 ulas bawang putih*
1 batang serai diketuk
3 helai daun limau purut
2 biji perahan limau kasturi
*dhiris
5 sb sos cili
1 sb sos tiram
2 sb kicap
sayuran:(agak2)
lobak
bunga kobis
kacang panjang
garam secukup rasa
setengah cawan air
Cara:
1. tumis barang2 hiris hingga naik bau
2. masukkan isi ayam goreng bersama bawang tadi sekejap
3. kemudian masukkan sos tiram, sos cili, kicap, air dan sayur.
4.masukkan juga serai, daun limau purut dan perahan limau kasturi.
5. biarkan mendidih. tutup api dan perasakan garam.
p/s: saya akan hiris lobak ala batang mancis supaya cepat masak
Tuesday, May 6, 2014
Mangga
Cara mudah potong mangga:
Alhamdulillah sekarang ni musim mangga...maka sangat mudah nak dapatkannya dipasaran. Yang paling famous ialah mangga harum manis dan sunshine daripada Perlis. Memang sedap tetapi harganya agak mahal sedikit. Harga sekotak mangga sunshine perlis yang berisi 5 biji ialah RM35. Manakala harum manis RM75. Masyallah memang nikmat makan mangga perlis ni.
Alhamdulillah sekarang ni musim mangga...maka sangat mudah nak dapatkannya dipasaran. Yang paling famous ialah mangga harum manis dan sunshine daripada Perlis. Memang sedap tetapi harganya agak mahal sedikit. Harga sekotak mangga sunshine perlis yang berisi 5 biji ialah RM35. Manakala harum manis RM75. Masyallah memang nikmat makan mangga perlis ni.
Sedikit tip potong mangga sekiranya ia dah masak..biasanya sukar nak buang kulit dia.sbb banyak air..so apa yg sy buat ialah belah je mangga tu rapat hingga biji....kemudian lorek petak-petak dan lekukkan dia..seperti dlm gambar...Selepas tu boleh ngap dgn mudah.
perbandingan saiz tangan anis & adib dengan buah mangga ni.
Sayur bening bayam
Bening ni sebenarnya sayur air...orang jawa panggil bening. Abah suka sayur dimasak camni. Jom kita tengok cara nak masak bening ni. Simple sangat. Boleh main campak2 je...
Bahan yg diperlukan:-
600 liter Air ( kalo nak kuah banyak boleh tambah air lagi)
Sejemput Ikan bilis*
2 ulas bawang putih* (**tumbuk semua yg bertanda)
Sayur bayam
1 biji Keledek yang kecik ( nak bagi rasa manis)
Secekak kecik Suhun (rendamkan supaya lembut)
Garam secukup rasa
600 liter Air ( kalo nak kuah banyak boleh tambah air lagi)
Sejemput Ikan bilis*
2 ulas bawang putih* (**tumbuk semua yg bertanda)
Sayur bayam
1 biji Keledek yang kecik ( nak bagi rasa manis)
Secekak kecik Suhun (rendamkan supaya lembut)
Garam secukup rasa
1. sediakan bahan-bahan yang diperlukan.
2. masukkan bumbu (bawang putih + ikan bilis) dan keledek kedalam periuk yang berisi air
3. rebuskan sehingga keledek empuk.
4. setelah keledek empuk...barulah masukkan soon dan sayur bayam
4. rebus sekejap saja supaya khasiat bayam tak hilang dan padam api
5. siap!
Ayam masak kicap
Menu ringkas yg keluarga saya suka makan dan sangat mudah nak buat ayam kicap ni. Kalau set makanan orang jawa di pagi raya mesti ada ketupat, lodeh, sambal kacang & ayam masak kicap.
Jom tengok resepinya.
Bahan- bahan yang diperlukan:
1/2 ekor ayam (dibubuh garam+kunyit -->gorengkan sehingga masak...x perlu garing sangat)
1 kuntum bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
1 biji bawang besar*
1 biji bawang putih*
1 biji cili merah *
2cm halia* (**hiris semua yang bertanda)
1 cawan kicap lemak manis
1/4 cawan air
Garam & gula secukup rasa
1 btg kulit kayu manis
1 biji bawang besar*
1 biji bawang putih*
1 biji cili merah *
2cm halia* (**hiris semua yang bertanda)
1 cawan kicap lemak manis
1/4 cawan air
Garam & gula secukup rasa
Cara memasak ayam kicap ni ialah:-
1. sediakan bahan yang diperlukan. hiriskan halia, bawang merah, bawang putih & cili. Ayam tu kita bubuh garam & kunyit **kalau suka pedas boleh tambah cili lagi..nak masuk cili padi pon boleh.
2. gorengkan ayam dahulu sampai masak...tapi x payah sampai garing sbb bila ayam garing sangat...di akan keras bila dah sejuk.
3. kurangkan minyak gorengan ayam tadi sehingga tinggal lebih kurang 4 sb minyak. kemudian tumis dahulu bunga lawang & kayu manis bagi naik bau...kemudia barulah masukkan bahan2 yang kita dah hiris tadi.
4. bila bawang dah layu...masukkan 1 cawan kicap. sekiranya kuah nampak terlalu pekat..boleh tambah air panas sedikit . Bolehlah masukkan garam
*ikutlah nak guna kicap apa sy biasa guna kicap Jalen atau kipas udang.
5. lepastu masukkan ayam dan kacau rata...biarkan sekejap supaya kuah tu meresap pada ayam tadi.
cuba rasa...sekiranya kurang garam atau gula boleh tambah lagi masa ni.
6. akhir skali angkat dan hidangkan, Sedap dimakan dengan nasi panas & sayur bening bayam.
Friday, May 2, 2014
Bihun goreng
Bahan-bahan diperlukan:
400 gm mihun cap bintang(1 plastik) **rendam dalam air bagi lembut
isi ayam & udang (boleh bubuh daging atau sotong mengikut citarasa masing2)
sayur sawi, lobak atau taugeh
Bahan perasa:
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap (kalau x letak pon x pe)
garam & gula secukup rasa ( biasa garam dalam 2sb & gula setengah sb)
4sb minyak utk menumis
1/2 cwn air
Cara-cara:
1. Mmasukkan minyak dalam kuali...bila dah panas tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi hingga terbit minyak/masak.
2. Kemudian masukkan 1/2 cawan air, sos tiram, sos cili , kicap, ayam dan udang ke dalam kuali...biarkan seketika hingga ayam masak. Setelah tu kita masukkan garam & gula secukup rasa.
3. Seterusnya masukkan bihun..(jgn lupa kena toskan dulu spy air x terlalu banyak hingga menyebabkan mihun kita jadi lembik) dan goreng sampai mihun lembut & bumbu kena rata pada mihun.
**Pada masa ni lah kita rasa masin, manis &kelembutan mihun...sekiranya mi masih keras ..boleh kita tambah air panas sikit2 dan kalau mi kita x cukup rasa...bolehlah diletakkan garam ke dalam air panas tadi dan kacau sebati sebelum dicurahkan secara rata ke atas mi.
4. Akhir sekali masukkan sawi dan kacau rata.
5. Dah Siap boleh dihidangkan untuk anak-anak atau tetamu yang datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)