Friday, May 2, 2014

Bihun goreng

Bahan-bahan diperlukan:

Bahan kisar:  sebiji bawang besar, 2 ulas bawang putih, 10 tangkai cili kering, segengam ikan bilis (boleh tukar kepada 2cm belacan).

400 gm mihun cap bintang(1 plastik) **rendam dalam air bagi lembut
isi ayam & udang  (boleh bubuh daging atau sotong mengikut citarasa masing2)
sayur sawi, lobak atau taugeh 

Bahan perasa:
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap (kalau x letak pon x pe)
garam & gula secukup rasa ( biasa garam dalam 2sb & gula setengah sb)
4sb minyak utk menumis
1/2 cwn air

Cara-cara:
1. Mmasukkan minyak dalam kuali...bila dah panas tumiskan bahan-bahan  yang telah dikisar tadi hingga terbit minyak/masak.

2. Kemudian masukkan 1/2 cawan air, sos tiram, sos cili , kicap, ayam dan udang ke dalam kuali...biarkan seketika hingga ayam masak. Setelah tu kita masukkan garam & gula secukup rasa.


3. Seterusnya masukkan bihun..(jgn lupa kena toskan dulu spy air x terlalu banyak hingga menyebabkan mihun kita jadi lembik)  dan goreng sampai mihun lembut & bumbu kena rata pada mihun. 

**Pada masa ni lah kita rasa masin, manis &kelembutan mihun...sekiranya mi masih keras ..boleh kita tambah air panas sikit2 dan kalau mi kita x cukup rasa...bolehlah diletakkan garam ke dalam air panas tadi dan kacau sebati sebelum dicurahkan secara rata ke atas mi.


4. Akhir sekali masukkan sawi dan kacau rata.

5. Dah Siap boleh dihidangkan untuk anak-anak atau tetamu yang datang.

No comments:

Post a Comment