Menu ringkas yg keluarga saya suka makan dan sangat mudah nak buat ayam kicap ni. Kalau set makanan orang jawa di pagi raya mesti ada ketupat, lodeh, sambal kacang & ayam masak kicap.
Jom tengok resepinya.
Bahan- bahan yang diperlukan:
1/2 ekor ayam (dibubuh garam+kunyit -->gorengkan sehingga masak...x perlu garing sangat)
1 kuntum bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
1 biji bawang besar*
1 biji bawang putih*
1 biji cili merah *
2cm halia* (**hiris semua yang bertanda)
1 cawan kicap lemak manis
1/4 cawan air
Garam & gula secukup rasa
1 btg kulit kayu manis
1 biji bawang besar*
1 biji bawang putih*
1 biji cili merah *
2cm halia* (**hiris semua yang bertanda)
1 cawan kicap lemak manis
1/4 cawan air
Garam & gula secukup rasa
Cara memasak ayam kicap ni ialah:-
1. sediakan bahan yang diperlukan. hiriskan halia, bawang merah, bawang putih & cili. Ayam tu kita bubuh garam & kunyit **kalau suka pedas boleh tambah cili lagi..nak masuk cili padi pon boleh.
2. gorengkan ayam dahulu sampai masak...tapi x payah sampai garing sbb bila ayam garing sangat...di akan keras bila dah sejuk.
3. kurangkan minyak gorengan ayam tadi sehingga tinggal lebih kurang 4 sb minyak. kemudian tumis dahulu bunga lawang & kayu manis bagi naik bau...kemudia barulah masukkan bahan2 yang kita dah hiris tadi.
4. bila bawang dah layu...masukkan 1 cawan kicap. sekiranya kuah nampak terlalu pekat..boleh tambah air panas sedikit . Bolehlah masukkan garam
*ikutlah nak guna kicap apa sy biasa guna kicap Jalen atau kipas udang.
5. lepastu masukkan ayam dan kacau rata...biarkan sekejap supaya kuah tu meresap pada ayam tadi.
cuba rasa...sekiranya kurang garam atau gula boleh tambah lagi masa ni.
6. akhir skali angkat dan hidangkan, Sedap dimakan dengan nasi panas & sayur bening bayam.
No comments:
Post a Comment