Resepi ni saya dapat daripada buku nipis Chef haniliza keluaran PTS. Saya suka masakan ni sebab digabungkan sayuran dan lauk sekali.. Jadi kita tidak perlu masak sayuran yang lain sebab masakan ni dah lengkap. Sedap dimakan dengan nasi panas.
Bahan-bahan:
isi ayam ( saya guna dalam 4 ketul dada ayam yg biasanya ayam seekor dipotong 16)
1 biji bawang besar*
1 cili merah/cili padi* (tambah sekiranya sukakan pedas)
3 ulas bawang putih*
1 batang serai diketuk
3 helai daun limau purut
2 biji perahan limau kasturi
*dhiris
5 sb sos cili
1 sb sos tiram
2 sb kicap
sayuran:(agak2)
lobak
bunga kobis
kacang panjang
garam secukup rasa
setengah cawan air
Cara:
1. tumis barang2 hiris hingga naik bau
2. masukkan isi ayam goreng bersama bawang tadi sekejap
3. kemudian masukkan sos tiram, sos cili, kicap, air dan sayur.
4.masukkan juga serai, daun limau purut dan perahan limau kasturi.
5. biarkan mendidih. tutup api dan perasakan garam.
p/s: saya akan hiris lobak ala batang mancis supaya cepat masak
No comments:
Post a Comment